SEJARAH UTARA.FM 1

Thursday, October 1, 2009

Diawal kewujudannya, radio ini dinamakan PONET.fm iaitu radio untuk Komuniti Pitas Online [dot] Net atau ringkasnya PONET. Radio ini dibangunkan pada awal bulan Disember, 2008. Ideanya saya cetuskan sendiri apabila saya menemui satu komuniti yang mempunyai radio onilinenya sendiri.

Saya telah menyertai komuniti itu dan pernah memohon untuk menjadi DJ dalam komuniti itu. Walau bagaimanapun, permohonan saya tidak mendapat respon sama ada diterima atau tidak. Selama sebulan saya menunggu tapi masih tidak mendapat jawapan. Saya mengambil keputusan untuk membuat radio sendiri. Tanpa sebarang asas dalam IT saya cuba mencari teknologi ini dan lebih kurang dalam 2 minggu saya telah menemui teori radio online.

Berbekalkan sedikit asas dalam internet dan networking, saya mencuba teori itu. Tiga hari saya bertungkus lumus tanpa mengira masa dan dengan azam yang kuat saya telah berjaya menyiarkan radio ini dalam rangkaian (LAN). Walau bagaimanapun, ianya bukan di internet.

Dengan bantuan wady, saya telah berjaya meng'online'kan radio ini diinternet dan pendengar pertama PONET.fm ialah seorang ahli lama KUSNET iaitu pinsan pada 12/12/2008. Hari kedua radio ini telah didengar oleh tuan kulanz, tuan 911, pinsan dan tamunupitas. Bermula dari tarikh itulah saya bermula dengan kerjaya sebagai DJ tetap di radio yang mana pada masa itu masa saya bersiaran adalah dari jam 8.00 malam hingga 12.00 tengah malam.

4 ulasan:

ajaa said...

Setiap yg berlaku ada hikmahnya..

Apabila tiada respon permohonan tn tu maka tn berusaha utk wujudkan radio online sendiri..dan hasilnya kini sungguh membanggakan..

Moga pencapaian ini dpt diteruskan utk masa2 akan dtg..

Tahniah tn..

baby said...

Utara.Fm bdiri hasil dari tanganmu dan banyak pengorbanan yang berlaku untuk menghasilkannya...hanya usaha gigih dan tidak kenal penat lelah berjaya merealisasikan mimpi jadi realiti.. tahniah rumputtku!! thanx a lot to rumputt's supporter!!

rumputt said...

tq babyku ats sapotmu dr awal ianya brmula shingga kini...

Saya katakan, semua yang ada pada hari ini, bukan MUDAH di tangan tn rumputt... pasti terlalu banyak pengorbanan yang sudah dilakukan. Namun kata orang, usaha tangga kejayaan. Nikmati la hasilnya Tn Rumput dengan kepuasan