Majlis Berbuka Puasa Utara.FM

Saturday, August 29, 2009

 
Majlis berbuka puasa yang diadakan di Gerai PONET dihadiri oleh rakan-rakan dari SAM dan KUSNET pada 28 Ogos 2009. Terima kasih kerana sudi berkunjung ke teratak buruk Utara.FM.

Beza Flash Player dan Media Player untuk mendengar Utara.FM?

Thursday, August 27, 2009

Flash Player (FF) dan Media Player (MP) adalah 2 jenis pemain radio yang digunakan oleh Utara.FM (UFM) untuk membolehkan pendengar dapat mendengarkan terus radio ini melalui website/blog tanpa melakukan klik pada mana-mana pautan.

KELEBIHAN

1. FF UFM sangat berbeza dengan FF mana-mana radio yang lain kerana ianya beroperasi dari server utama UFM di United Kingdom. Ini membolehkan 'delay' audio yang sampai kepada pendengar hanya dalam 2-3 saat sahaja berbanding dengan MP yang boleh mencapai sehingga 2-3 minit.

2. Sesuai untuk semua jenis pelayar (browser).

3. Data seperti tajuk lagu, DJ bertugas dan sebagainya akan berubah secara Automatic tanpa perlu 'reload page'.

4. Biasanya mana-mana player jika server Offline dan Online semula, player lain tidak akan terus memainkan radio tersebut sehinggalah 'reload page' tapi FF UFM mempunyai fungsi AutoPlay bila sahaja Online.

5. Sangat sesuai bagi radio online yang mempunyai segmen yang berkonsepkan 'Siapa Cepat, Dia Dapat' seperti segmen panggilan telefon.

Walau bagaimanapun, terdapat kelemahan FF dalam bahagian pentadbiran yang mana pengesanan pendengar tidak efektif kerana walaupun lebih dari 1 yang mendengarkan UFM menggunakan FF tetapi ianya hanya 1 IP sahaja yang dikesan.

Jika ada sebarang kemusykilan, sila ajukannya di ruangan komen.

Terima kasih Titan Power Motor Oil

TLM Sdn. Bhd. telah memberi peluang keemasan kepada Utara.FM yang selama ini tidak pernah terfikir oleh saya. Mudah-mudahan Allah akan memberkati usaha ini dan menambahkan rezeki kepada Utara.FM agar dapat berbakti untuk masyarakat.

Koleksi 48 Jam dari Romou Mato

Monday, August 24, 2009

Salam Ramadhan dari DJ rumputt

Friday, August 21, 2009

Jom! kita sokong Nazrey Johani dengan menyertai Nazrey Rich Club

Saya ada kawan

Thursday, August 20, 2009

Nazrey, Aku dan Isteriku

Wednesday, August 19, 2009


rumputt @ 48 jam

Monday, August 17, 2009

BANNER DAN BANTING 48 JAM BERSAMA DJ UTARA.FM

Sunday, August 9, 2009

Bakal doktor

Friday, August 7, 2009

Dua pelajar Kolej Perubatan bersiar siar kat bandar. Mereka terserempak dengan seorang tua jalan terkangkang- kangkang.

Pelajar A kata "Orang tua tu tentu mengidap Sindrom Petry" Pelajar B pulak kata " Tak lah, dia mengidap Sindrom Zovitzki" Mereka hampir bergaduh pasal hal ni. Akhirnya pelajar A kata "Apa kata kita tanya je orang tua tu?" Pelajar B pun setuju. Mereka pun menghampiri orang tua itu.


Pelajar A: Kami tengok pak cik jalan terkangkang, boleh kami tahu pak cik mengidap penyakit apa?

Orang Tua: Kamu fikir aku ada penyakit apa?

Pelajar A: Saya fikir pak cik mengidap sindrom petry.

Orang Tua: Emm... bukan.

Pelajar B: Kalau macam tu, pak cik mesti mengidap sindrom Zovitzki.

Orang Tua: ... pun bukan.

Pelajar A: Habis tu?

Orang Tua: Emm, sebenarnya aku nak kentut tadi... tapi terberak pulak dalam seluar... sebab tu la aku jalan terkangkang.

FELIX AGUS DAN PENGURUSNYA

Tuesday, August 4, 2009