Aldusuni memegang rekod pemanggil telefon pertama di Utara.FM

Thursday, July 30, 2009

Gambar : Aldusuni dan isterinya Lintagu
Percubaan pertama Utara.FM bersiaran dengan konsep interaksi dengan pendengar melalui telefon telah dibuat pada 29 Julai 2009 (Rabu), 9.00 malam hingga 12.30 pagi. Sambutan sangat menggalakkan dan pemanggil pertama ialah Tuan Aldusuni yang juga merupakan salah seorang penyampai di U.FM ini.

Pada malam tersebut terdapat seramai 12 orang pemanggil dengan panggilan sebanyak 18 kali. Tiga pemanggil pertama itu ialah Aldusuni (Ranau), Ara (Kota Belud), W8_left (Papar). Kemudian pemanggil seterusnya Kulanz (Pitas), Lugu (Jepun), mka (Kota Marudu), Enold (Semporna), Tempurung (Kota Belud), nonie_albert (Kota Marudu), l-a-t-z (Sandakan), ky_role (Kota Marudu) dan kancil (Kota Marudu).

Pertama kali berhadapan dengan media

Tuesday, July 28, 2009

Selain dari Utara.FM, secara peribadi saya juga mencipta sejarah peribadi apabila pertama kali berhadapan dengan media. Adihh! payah juga menjawab kalau banyak soalan dari ramai orang..ndatau yang mana mau di jawab. Cara saya time tu, siapa yang tinguk saya nah itulah yang saya jawab...hihihihi!!!!


Utara.FM : Radio Rasmi Gabungan NGO Sabah

Monday, July 27, 2009

Siapa ni Aat?

Video Pelancaran Utara.FM

Disebalik tirai kejayaan ini

Sunday, July 26, 2009

Inilah yang dikatakan takdir...

Tun Abdullah Ahmad Badawi, mantan Perdana Menteri Malaysia ke-5 telah dengan rasminya melancarkan Utara.FM disaksikan oleh Datuk Masidi Manjun, Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah. Kelihatan dalam gambar (di bawah), Pak Lah sedang membaca teks pelancaran secara langsung di radio online Utara.FM

HARI GURU PITAS 2009

Thursday, July 23, 2009

Dari Lensa Al-Dusuni





Terima Kasih Tuan...

Download Banner Pelancaran Utara.FM

Tuesday, July 21, 2009

BBQ Di Dataran Bengkoka Lagi

Monday, July 20, 2009

Pelancaran Utara.FM

Friday, July 17, 2009

"Kita merancang Tuhan yang menentukan", itulah sahaja yang boleh saya katakan berkaitan dengan perkara ini. Sebenarnya, walau pun ianya telah dipersetujui dalam satu perjumpaan dengan tuan Sanguru yang juga merupakan Pengerusi Gabungan NGO Sabah, saya seperti bermimpi. Terima kasih SAM.

Video Promo Ridah

Thursday, July 16, 2009

‹arevold› ko p tgok tu video, sa menari guna tu lagu ba

Wednesday, July 15, 2009

SMS dari Putrajaya

Berikut adalah SMS yang saya terima dari DJ Tompinai dan saya percaya beliau dapat dari seseorang dan di'forward'kan kepada saya..

SALAM TAHNIAH... buat Tuan Dinakan, ahli SAM, tekong SAM dan Dj Rumput serta PONET.FM coz berjaya membuatkn pendengar dan pengunjung blog gembira serta bebas dari unsur fitnah, jenayah cyber serta hasutan. Blog SAM dan PONET.FM adalah terbaik dan rangking pertama buat masa ini...syabas.

- HASIL PEMANTAUAN SEMALAM DARI PUTRAJAYA

Aweks Utara.FM

Tuesday, July 14, 2009

Terima kasih DJ Aldusuni. Sila kunjungi blog DJ ini di http://romoumatodagai.blogspot.com/

24/7, Ranau, Utara.FM

Monday, July 13, 2009

Utara.FM akan dilancarkan secara rasmi pada 24/7/2009 di Rest House, Lohan, Ranau. Walau bagaimanapun ini hanyalah perancangan. Gabungan SAM dan KUSNET dalam melebarkan sayap PONET.fm dan menaiktarafkannya menjadi Utara.FM pastinya akan menjadi satu sejarah siaran radio online Sabahan khususnya di utara Sabah ini. Perbincangan berkaitan dengan perkara ini akan dibuat dalam mencari bagaimana pelaksanaannya nanti.

PONET.fm BBQ bersama SAM

12 Julai 2009, Dataran Bengkoka, Pitas : BBQ PONET.fm dan SAM menjadikan hubungan antara dua komuniti ini bertambah akrab.

Logo Baru Utara.FM

Sunday, July 12, 2009

Apa pendapat anda?

DJ Aldusuni, DJ Tompinai dan DJ NONG dari SAM

Perjumpaan yang diadakan antara PONET.fm dan SAM di Restoran Khamsiah pada 10/7/2009 telah mencipta sejarahnya yang tersendiri apabila 3 orang DJ pihak SAM akan men'DJ'kan PONET.fm. Mereka adalah tidak lain dan tidak bukan DJ Aldusuni, DJ Tompinai dan DJ NONG.

DJ Aldusuni dalam percubaan pertamanya menDJkan PONET.fm sambil dibantu oleh DJ Tompinai

PONET.fm dan SAM akan buat kerjasama

Thursday, July 9, 2009

Dalam satu perjumpaan antara PONET.fm dan SAM, satu persepakatan telah dicapai yang mana PONET.fm akan dijadikan sebagai medium sebaran info oleh SAM. PONET.fm akan membantu dari segi teknikal. SAM juga akan menyediakan seorang Dee Jay untuk tujuan tersebut. Dalam perbincangan yang lain, Aldusuni juga bagi pihak SAM mencadangkan untuk memanjangkan kerjasama ini untuk daerah Ranau.

Apu-Apu Liung - Sherina ( MTV ) PONET.fm

Sunday, July 5, 2009

We Are The World - Rehearsal (Story Behind The Song)

Friday, July 3, 2009

28/6/09 - P12/17 JO-ANNA - Pertandingan Akhir Bintang RTM 2009

Bersama Kay - W.O.R.M di Facebook

Thursday, July 2, 2009

Kay dari kumpulan W.O.R.M telah bersama-sama mendengarkan PONET.fm pada 1 Julai 2009. Beliau yang pada masa itu berada di salah sebuah Coffee Bean di Kota Kinabalu telah menjawab secara tidak langsung pertanyaan para pendengar berkaitan dengan beliau dan kumpulan W.O.R.M.
Kata beliau "Saya full blast PONET.fm ni di Coffee Bean". Beliau juga telah melantik saya sebagai admin di W.O.R.M & Hide Facebook Community. Dalam perbualan antara saya dan Kay di chat room Facebook, beliau berjanji akan memasukkan logo PONET.fm dalam cover album kumpulan tersebut. Beliau juga akan menghantarkan VO promosi album mereka eksklusif untuk siaran di PONET.fm.

Tahniah Jo-anna Henley Rampas

Wednesday, July 1, 2009

Satu lagi artis Sabah yang telah mengharumkan nama Sabah di persada hiburan tanah air. Beliau telah mendapat tempat ke-2 pertandingan Bintang RTM 2009. Gelaran Peserta Paling Popular dan Persembahan terbaik juga adalah milik gadis cantik ini dan telah berjaya menggumpul wang tunai sebanyak RM25,000.00.