BLOG PERIBADI SAYA : http://rumputt.net

Friday, November 27, 2009


Selamat datang ke blog peribadi saya di http://rumputt.net

DJ rumputt In Da Haus

Monday, November 16, 2009

Kenapa memilih ID rumputt?

ID rumputt sebagai nama pena di internet tercetus selepas melalui pelbagai pengalaman pahit dalam hidup tetapi menjadikan sifat rumput itu sendiri sebagai penguat semangat untuk terus menjalani kehidupan. ‘Jadilah rumput yang lemah lembut, tak luruh dipukul ribut’ adalah lirik bagi sebuah lagu nasyid. Lirik inilah yang saya aplikasikan dalam diri saya untuk dijadikan sebagai panduan. Walau bagaimanapun, penambahan huruf ‘t’ digunakan bagi membezakan antara ID internet saya dan nama tumbuhan.

Utara.FM

Nama DJ rumputt tercipta selepas terbinanya radio online berkomuniti pertama di Sabah iaitu PONET.fm yang dibina pada akhir tahun 2008. Selepas beberapa ketika, radio ini telah dinaiktaraf menjadi Utara.FM dan telah dilancarkan oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi, mantan Perdana Menteri Malaysia ke-5 pada 25 Julai 2009 di Rest House Lohan, Ranau sebagai radio rasmi Gabungan NGO Sabah. Radio ini boleh didengar menggunakan frekunsi internet di http://www.utarafm.net. Kini radio ini beroperasi 24 jam dan mempunyai seramai 13 orang penyampai sukarela iaitu DJ Aldusuni (Ranau), DJ PP (Pulau Pinang), DJ LUGU (Jepun), DJ mka (Kota Marudu), DJ siiputt (Pitas), DJ NONG (Kota Marudu), DJ AKU (Melaka), DJ TT (Melaka), DJ LM ( Kuala Lumpur), DJ kupang (Kota Kinabalu), DJ Tompinai (Kota Marudu) dan DJ Batman (Tandek). Pada masa ini konti utama sementara Utara.FM terletak di Kg. Pinggan-Pinggan, Pitas yang dinamakan Gerai PONET. Tagline bagi Utara.FM ialah ‘Macam biasa juga bah…’. Radio ini adalah radio rasmi untuk portal Sabahan iaitu 1SABAH.NET.

Antara aktiviti-aktiviti Utara.FM ialah,

• Program 48 jam bersama pemimpin, usahawan, artis, karyawan dan tokoh, Kota Marudu.
• Pelancaran Bulan Kemerdekaan di SMK. Tandek, Kota Marudu
• Pelancaran Bulan Bahasa Kebangsaan Peringkat Negeri Sabah di Ranau.
• Pesta Kubis, Kundasang
• Pesta Durian, Ranau.
• Mini Konsert Felix Agus & Friends, Kota Marudu
• Pertandingan Auto Show, Kota Marudu
• Temubual dengan YB Datuk Hj. Musbah Hj. Jamli, Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah merangkap ADUN N. 6 Tempasuk
• Temubual dengan YB Puan Anita Baranting, ADUN N. 5 Tandek
• Temubual dengan Encik Mohd. Fazli @ Wetrom Bahanda, Ketua Bahagian UMNO Bahagian Kota Marudu.
• Pelancaran Album Artis Kumpulan W.O.R.M di Shenanigan’s, Hyatt Regency Hotel, Kota Kinabalu, Sabah.
• Temubual dengan Nash (Vokalis Kumpulan Lefthanded)
• Program Gaya Hidup Sihat, Pitas
• Pelancaran Pesta Jagung, Kota Marudu.

Portal Komuniti 1SABAH.NET

Portal ini adalah asas terbinanya Utara.FM hasil tangan DJ rumputt. Portal ini merupakan portal komuniti pertama di Sabah yang menyokong gagasan 1Malaysia. Portal ini boleh diakses melalui URL di http://www.1sabah.net. Pada masa ini jumlah ahlinya melebihi 3 ribu orang termasuk ahli komunti yang diwujudkan di Facebook. Purata pengunjungnya setiap hari ialah 1 ribu orang. Portal ini dibantu tadbir oleh Roslan Ag. Salleh (kulanz) dan Mohd. Noor Ag. Yahya (911). Antara AJK portal ini ialah Mohd. Khairul Abdullah, Dr. Safree Jefree, Mohd. Fadzil Abd. Karim, Hazahar Ag. Salleh, Iswadi Awang, Noor Anita Awang, Maklin Masiau, Tiara Sibil, Jesvi Taising, Jahudi Masilun dan Mariah Doksil. Penasihat 1SABAH.NET ialah Encik Androd Sadian atau lebih dikenali sebagai Sanguru.

Kenapa menjadi DJ untuk radio gelombang internet?

Satu revolusi baru internet khususnya di Sabah ialah radio online yang mana cara pengendalian dan objektifnya lebih kurang sama dengan mana-mana radio komersial iaitu menyampaikan info dan menghiburkan pendengarnya. Cuma yang membezakan ialah dari segi frekunsi dan sistem pengurusannya. Minat mendalam dalam bidang penyampaian mendorong untuk mencuba dengan membina satu ruang sendiri untuk menguji setakat mana penerimaan orang ramai memandangkan peluang untuk menjadi penyampai di mana-mana stesen radio komersial tiada. Untuk menjadi penyampai radio online bagi saya perlu ada 4 kriteria penting iaitu kesungguhan, minat, kemudahan dan bakat.

Rumputt sebagai DJ di Utara.FM

Terlalu banyak Kenangan yang dilalui semenjak menubuhkan radio online ini. Kenangan yang tidak dapat dilupakan apabila mendapat peluang menemuramah bekas pemimpin No. 1 Malaysia iaitu Pak Lah sewaktu pelancaran Utara.FM. Antara artis yang telah ditemuramah ialah Nash (Lefthanded), Nazrey Johani (Raihan), Ridah, Kumpulan W.O.R.M, S. Welly, Dyan dan Amie Joba. Selain itu, saya juga pernah menemuramah beberapa orang ahli politik iaitu YB Puan Anita Baranting (ADUN N. 5 Tandek), Encik Wetrom Bahanda (Ketua Bahagian UMNO Kota Marudu). Encik Webley (Setiausaha Pemuda PBS Negeri). Saya juga menerima jemputan untuk menyiarkan beberapa acara peringkat negreri secara langsung di internet seperti Pesta Kubis, Pesta Durian, Pelancaran Bulan Bahasa Kebangsaan dan yang terkini ialah Pesta Jagung.

TERIMA KASIH

Sebagai yang terakhir saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua AJK 1SABAH.NET, para penyampain Utara.FM, ahli komuniti 1SABAH.NET, para pendengar Utara.FM dan kepada individu-individu yang tidak jemu menyokong perjuangan ini. 1SABAH, 1Malaysia, Macam biasa juga bah…

DJ rumputt & DJ AAT

Friday, October 30, 2009

Terima kasih kepada Lintagu yang telah meletakkan gambar staringku ni sebagai artikel di http://lintagu.blogspot.com dan puisi oleh tuan Aldusuni.

Berdiri aku pada akar dan batang
yang menghijau di muka bumi.
Aku rumput yang tersenyum di matamu saat ini.

- hasil nukilah Dj Aldusuni -

BERSYUKUR KEPADA-NYA

Thursday, October 29, 2009

DJ rumputt @ Pesta Kubis 2009

Sunday, October 25, 2009





RENUNGAN

Thursday, October 22, 2009

Persahabatan yang jitu adalah atas dasar keikhlasan bukan sebab kepentingan. Sahabat sanggup berkorban untuk sahabatnya dalam segala hal. Untuk membentuk persahabatan kita kena berfikir 10 kali tapi untuk melemahkan persahabatan kita kena fikir 100 kali. Sahabat yang baik adalah sahabat yang menjaga nama baik sahabatnya dalam apa keadaan sekalipun. Sahabat adalah cermin kepada sahabatnya. Terus terang adalah inti persahabatan. Tegur-menegur adalah tulang belakang persahabatan. Cakap belakang akan memecah belahkan persahabatan.

Apalah ertinya perjuangan jika kita sanggup tikam belakang sahabat kita. Sedangkan Hang Jebat yang ditafsirkan sebagai penderhaka sekalipun masih memberikan peluang kepada Hang Tuah untuk bersedia sebelum berlawan. Fikirkan juga perjuangan orang lain semasa kita memikirkan perjuangan kita.

Senyuman manis dan senyuman sinis adalah 2 perkara yang sangat berbeza. Disebalik senyuman ada rahsia, di sebalik coretan ada cerita dan di sebalik impian ada realitinya.

RAKAN DJ DI UTARA.FM

Saturday, October 17, 2009

AKU DAN DR. NELSON

Wednesday, October 14, 2009

SAYA DAN STARING

Wednesday, October 7, 2009

Avatar Baru

AISKRIM

Monday, October 5, 2009

KAMI, KUSNET DAN UTARA.FM


KENANGAN ITU SATU NIKMAT

Sunday, October 4, 2009


MUHASABAH DIRI

Saturday, October 3, 2009

AKU RINDU PADAMU

Suatu ungkapan yang pastinya mempunyai pengertian yang sangat mendalam dan pastinya ditujukan kepada seseorang yang sangat disayangi. Inilah perasaanku pada masa ini. Aku sangat merinduimu. Biarlah satu dunia tahu bahawa aku sayang padamu dan mahu kita akan sentiasa bersatu sehingga ke akhirnya.
Ya Allah! berikan aku kekuatan untuk menyayanginya. Ujilah aku dengan ujian yang boleh aku tanggung. Berikanlah kebahagian kepada kami dan jauhkanlah bala bencana kepada kami. Permudahkanlah rezeki kepada kami. Jadikanlah kami hamba-Mu yang beriman. Amiin!!

SEJARAH UTARA.FM 1

Thursday, October 1, 2009

Diawal kewujudannya, radio ini dinamakan PONET.fm iaitu radio untuk Komuniti Pitas Online [dot] Net atau ringkasnya PONET. Radio ini dibangunkan pada awal bulan Disember, 2008. Ideanya saya cetuskan sendiri apabila saya menemui satu komuniti yang mempunyai radio onilinenya sendiri.

Saya telah menyertai komuniti itu dan pernah memohon untuk menjadi DJ dalam komuniti itu. Walau bagaimanapun, permohonan saya tidak mendapat respon sama ada diterima atau tidak. Selama sebulan saya menunggu tapi masih tidak mendapat jawapan. Saya mengambil keputusan untuk membuat radio sendiri. Tanpa sebarang asas dalam IT saya cuba mencari teknologi ini dan lebih kurang dalam 2 minggu saya telah menemui teori radio online.

Berbekalkan sedikit asas dalam internet dan networking, saya mencuba teori itu. Tiga hari saya bertungkus lumus tanpa mengira masa dan dengan azam yang kuat saya telah berjaya menyiarkan radio ini dalam rangkaian (LAN). Walau bagaimanapun, ianya bukan di internet.

Dengan bantuan wady, saya telah berjaya meng'online'kan radio ini diinternet dan pendengar pertama PONET.fm ialah seorang ahli lama KUSNET iaitu pinsan pada 12/12/2008. Hari kedua radio ini telah didengar oleh tuan kulanz, tuan 911, pinsan dan tamunupitas. Bermula dari tarikh itulah saya bermula dengan kerjaya sebagai DJ tetap di radio yang mana pada masa itu masa saya bersiaran adalah dari jam 8.00 malam hingga 12.00 tengah malam.

TIDAK DIHARAP

Saya telah mendapat bisikan dari seorang rakan AJK bahawa peruntukan seksi yang dipertanggungjawabkan kepada saya untuk satu program tidak diluluskan malah semua tugas saya telah dialih tugas kepada orang lain. Ini bermaksud saya tidak perlu lagi melibatkan diri dalam program berkenaan.

Berbincang dengan YB Anita

Wednesday, September 30, 2009

Perbincangan dengan YB Puan Anita Baranting, ADUN N. 5 Tandek berkaitan dengan pembikinan laman web rasmi DUN Tandek.

BANJIR SEBELUM BANJIR

Apakah ini satu ujian? Setelah sekian lama tangki dibelakang gerai PONET teguh tapi hari ini pada jam 3.50 petang ianya rebah ke bumi setelah diisikan air oleh pengusaha air. Air tumpahan telah masuk ke ruang istirehat kami seolah-olah dilanda banjir sebelum tiba musim banjir. Air adalah kehidupan dan air telah memenuhi ruang persendirian di gerai PONET. Semoga ini petanda ada rahmat yang akan tiba. Amiinnn!!!

Komen Isteriku Di Facebook

Lelaki didakwa lebih kerap berbohong, dua kali ganda lebih kerap berbanding wanita. Penyelidik mendapati lelaki berbohong purata enam kali sehari kepada isteri, ketua dan rakan sekerja tapi wanita hanya melakukannya tiga kali.’ >>>BENARKAH????

mmmm....saya sokongan konklusi penyelidik....confirmlaaa lelaki memang kerap berbohong berbanding wanita....sbb maw selamat dari keadaan (^_^) BOHONG SUNAT istilahnya takut yang dikejar tak dapat n yang dikendong tercicir pulak....biasanya yang orang menipu akan merasa enaknya n yang tertipu pula akan terasa pedih pedih yang amatnyaaa....(alaa ... semua orang taw pn...) :D pendek kata, janganlah menipu .... kelak nanti andai diri sendiri terkena....efeknya, yang diterima nanti lagi dasyatt daripada orang yang pernah ditipunya.... ->debat n nasihat dari WAKIL ISTERI-ISTERI SABAH....

SAYA DAN YB PUAN ANITA BARANTING

BERAYA DI SALIMANDUT

KUPANG DAN AAT

Thursday, September 24, 2009

WIDGET RAKAN BLOGGER UTARA.FM

Wednesday, September 23, 2009

Contoh Imej

Atas dorongan untuk lebih memantapkan Utara.FM, saya telah membuat satu widget khas untuk memudahkan rakan-rakan blogger mengikuti perkembangan terkini Utara.FM disamping membantu mempromosikan blog-blog yang menjadi rakan blogger ini. URL web/blog rakan yang memasang widget ini akan dimasukkan dalam senarai RAKAN BLOGGER. URL blog anda akan terpapar di blog-blog yang memasang widget ini di blog mereka.

Berminat untuk menjadi RAKAN BLOGGER? Klik Sini

AIDIL FITRI 2009

Sunday, September 20, 2009

Hari raya tahun ni kami sambut sederhana saja tengam-ngam juga bajet agak terhad. Walau bagaimanapun, kegembiraan kerana dapat bersama dengan keluarga kedua-dua belah pihak sangat dirasai. Syukur ke hadrat Ilahi atas limpahan rezekinya untuk dapat menikmati suasana hari raya pada tahun ini. Salam hari raya untuk semua yang mengenali kami.

RAYA @ 15 JAM ON-AIR DI UTARA.FM

Saya dan keluarga mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Fitri kepada kaum muslimin dan muslimat seluruh dunia. Dikesempatan ini kami memohon kemaafan dari hujung jari hingga hujung rambut jika kami melakukan kesalahan sama ada yang disedari atau tidak.

Kemarin saya mula on-air pada jam 12.00 tengahari sehingga pada pagi ini jam 3.00 pagi barulah saya berhenti. Ini bukan kebetulan sebab saya sengaja melakukannya sebagai gimik hari raya dan juga sebagai kenangan saya sebagai salah seorang DJ di Utara.FM. Terima kasih kepada rakan-rakan pendengar yang tidak jemu-jemu bersama saya di Utara.FM. Pada jam 1.00 pagi juga saya telah memberi peluang kepada para pendengar untuk melihat saya menDJ di konti Utara.FM, Gerai PONET melalui Yahoo Messenger (YM).

KENA BULI 2

Wednesday, September 16, 2009


KENA BULI 1



BABYRUMPUTT

Monday, September 14, 2009

Hasil Tangan Isteriku

Thursday, September 10, 2009

Syafaat dan Kupang

Sunday, September 6, 2009

Gambar ni adalah kenangan sewaktu membeli kupang di Kg. Tanjung Batu, Kota Marudu untuk di bawa ke majlis berbuka puasa Utara.FM di Aravilla, Kota Belud.