Blog DJ Utara.FM
-
-
‘Reformasi, ‘Bersih’, ‘Arab Spring’ led by foreign forces, says UUM lecturer - By Clara Chooi January 25, 2012 Bersih participants during their rally last July 9 in Kuala Lumpur, filepic from TMI. *KUALA LUMPUR, Jan 25 — Both the “Re...4 weeks ago
-
-
Komen Lagenda Bolasepak Sabah Hassan Sani - Komen Positif Hassan Sani. Semoga Pasukan Sabah akan terus berusaha untuk mengembalikan zaman kegemilangan bolasepak Negeri Sabah.7 months ago
-
POLITIK SABAH - Pada pendapat saya, pemerintahan dan senario politik di Sabah ini begitu rumit, dan unik.Malah dikatakan Sabah dan Kelantan adalah merupakan 2 buah negeri ...10 months ago
-
Blog Pilihan
-
Tawaran Mengikuti Latihan Perguruan di Bawah Biasiswa Kerajaan Jepun 2012 - Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian Tajaan Pendidikan telah membuka iklan Tawaran Mengikuti Latihan Perguruan Di bawah Biasiswa Kerajaan Jepun 2012 (MONBUKA...2 weeks ago
-
BINTANG BERSINAR DI BUMI SABAH - Sama ada kita sedar dan mengaku atau tidak, hakikatnya banyak hak negeri dan rakyat Sabah yang sudah lama diabaikan. Negeri Sabah dari sebuah 'negara' yang...1 month ago
-
Amaran Ramalan Hujan - Ramalan cuaca hujan adalah seperti berikut :- Hujan dijangka akan turun sehingga 29/11/2011. Kudat & Ranau telah dijangka hujan lebat, banjir terutamanya d...2 months ago
-
Made in China? - Hari ini melawat-lawat dunia maya. Aku terjumpa sesuatu yang menarik hati... Woww!! *(sumber gambar : http://paultan.org) * Memang menarik kereta buatan ...10 months ago
-
16 Januari - Agak lama rasanya tidak update blog ini. Yang pasti ketandusan idea menyebabkan blog ini belum memaparkan n3 baru dalam tahun 2010 sebelum ini. Beberapa har...2 years ago
-
Kini Aku Datang - Erm... nampaknya sudah lama aku tak update blog sabah-2u nie. Maklumlah aku bizi.. bizi bukan apa, saya teagah cari kerja.. dah 2 tahun aku menganggur tak ...2 years ago
-
babyrumputt@blogspot.com - teratak waktu telah berhijrah ke babyrumputt@blogspot.com silalah berkunjung ke blog baru saya..2 years ago
-
PITASDAILY.NET - Sudah tiba masanya sebuah daerah yang tercorot namanya disebabkan oleh faktor-faktor tertentu bangun di satu sudut yang lain untuk membuktikan keupayaann...2 years ago
-
INGIN SIARKAN BERITA BERKAITAN NGO? - Pembaca dialu-alukan untuk menyumbang artikel berkaitan aktiviti NGO disana sini. Jika berminat, boleh hubungi: 0195339378 atau email: http://yomogun@yahoo...2 years ago
DJ rumputt In Da Haus
Monday, November 16, 2009
Kenapa memilih ID rumputt?
ID rumputt sebagai nama pena di internet tercetus selepas melalui pelbagai pengalaman pahit dalam hidup tetapi menjadikan sifat rumput itu sendiri sebagai penguat semangat untuk terus menjalani kehidupan. ‘Jadilah rumput yang lemah lembut, tak luruh dipukul ribut’ adalah lirik bagi sebuah lagu nasyid. Lirik inilah yang saya aplikasikan dalam diri saya untuk dijadikan sebagai panduan. Walau bagaimanapun, penambahan huruf ‘t’ digunakan bagi membezakan antara ID internet saya dan nama tumbuhan.
Utara.FM
Nama DJ rumputt tercipta selepas terbinanya radio online berkomuniti pertama di Sabah iaitu PONET.fm yang dibina pada akhir tahun 2008. Selepas beberapa ketika, radio ini telah dinaiktaraf menjadi Utara.FM dan telah dilancarkan oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi, mantan Perdana Menteri Malaysia ke-5 pada 25 Julai 2009 di Rest House Lohan, Ranau sebagai radio rasmi Gabungan NGO Sabah. Radio ini boleh didengar menggunakan frekunsi internet di http://www.utarafm.net. Kini radio ini beroperasi 24 jam dan mempunyai seramai 13 orang penyampai sukarela iaitu DJ Aldusuni (Ranau), DJ PP (Pulau Pinang), DJ LUGU (Jepun), DJ mka (Kota Marudu), DJ siiputt (Pitas), DJ NONG (Kota Marudu), DJ AKU (Melaka), DJ TT (Melaka), DJ LM ( Kuala Lumpur), DJ kupang (Kota Kinabalu), DJ Tompinai (Kota Marudu) dan DJ Batman (Tandek). Pada masa ini konti utama sementara Utara.FM terletak di Kg. Pinggan-Pinggan, Pitas yang dinamakan Gerai PONET. Tagline bagi Utara.FM ialah ‘Macam biasa juga bah…’. Radio ini adalah radio rasmi untuk portal Sabahan iaitu 1SABAH.NET.
Antara aktiviti-aktiviti Utara.FM ialah,
• Program 48 jam bersama pemimpin, usahawan, artis, karyawan dan tokoh, Kota Marudu.
• Pelancaran Bulan Kemerdekaan di SMK. Tandek, Kota Marudu
• Pelancaran Bulan Bahasa Kebangsaan Peringkat Negeri Sabah di Ranau.
• Pesta Kubis, Kundasang
• Pesta Durian, Ranau.
• Mini Konsert Felix Agus & Friends, Kota Marudu
• Pertandingan Auto Show, Kota Marudu
• Temubual dengan YB Datuk Hj. Musbah Hj. Jamli, Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah merangkap ADUN N. 6 Tempasuk
• Temubual dengan YB Puan Anita Baranting, ADUN N. 5 Tandek
• Temubual dengan Encik Mohd. Fazli @ Wetrom Bahanda, Ketua Bahagian UMNO Bahagian Kota Marudu.
• Pelancaran Album Artis Kumpulan W.O.R.M di Shenanigan’s, Hyatt Regency Hotel, Kota Kinabalu, Sabah.
• Temubual dengan Nash (Vokalis Kumpulan Lefthanded)
• Program Gaya Hidup Sihat, Pitas
• Pelancaran Pesta Jagung, Kota Marudu.
Portal Komuniti 1SABAH.NET
Portal ini adalah asas terbinanya Utara.FM hasil tangan DJ rumputt. Portal ini merupakan portal komuniti pertama di Sabah yang menyokong gagasan 1Malaysia. Portal ini boleh diakses melalui URL di http://www.1sabah.net. Pada masa ini jumlah ahlinya melebihi 3 ribu orang termasuk ahli komunti yang diwujudkan di Facebook. Purata pengunjungnya setiap hari ialah 1 ribu orang. Portal ini dibantu tadbir oleh Roslan Ag. Salleh (kulanz) dan Mohd. Noor Ag. Yahya (911). Antara AJK portal ini ialah Mohd. Khairul Abdullah, Dr. Safree Jefree, Mohd. Fadzil Abd. Karim, Hazahar Ag. Salleh, Iswadi Awang, Noor Anita Awang, Maklin Masiau, Tiara Sibil, Jesvi Taising, Jahudi Masilun dan Mariah Doksil. Penasihat 1SABAH.NET ialah Encik Androd Sadian atau lebih dikenali sebagai Sanguru.
Kenapa menjadi DJ untuk radio gelombang internet?
Satu revolusi baru internet khususnya di Sabah ialah radio online yang mana cara pengendalian dan objektifnya lebih kurang sama dengan mana-mana radio komersial iaitu menyampaikan info dan menghiburkan pendengarnya. Cuma yang membezakan ialah dari segi frekunsi dan sistem pengurusannya. Minat mendalam dalam bidang penyampaian mendorong untuk mencuba dengan membina satu ruang sendiri untuk menguji setakat mana penerimaan orang ramai memandangkan peluang untuk menjadi penyampai di mana-mana stesen radio komersial tiada. Untuk menjadi penyampai radio online bagi saya perlu ada 4 kriteria penting iaitu kesungguhan, minat, kemudahan dan bakat.
Rumputt sebagai DJ di Utara.FM
Terlalu banyak Kenangan yang dilalui semenjak menubuhkan radio online ini. Kenangan yang tidak dapat dilupakan apabila mendapat peluang menemuramah bekas pemimpin No. 1 Malaysia iaitu Pak Lah sewaktu pelancaran Utara.FM. Antara artis yang telah ditemuramah ialah Nash (Lefthanded), Nazrey Johani (Raihan), Ridah, Kumpulan W.O.R.M, S. Welly, Dyan dan Amie Joba. Selain itu, saya juga pernah menemuramah beberapa orang ahli politik iaitu YB Puan Anita Baranting (ADUN N. 5 Tandek), Encik Wetrom Bahanda (Ketua Bahagian UMNO Kota Marudu). Encik Webley (Setiausaha Pemuda PBS Negeri). Saya juga menerima jemputan untuk menyiarkan beberapa acara peringkat negreri secara langsung di internet seperti Pesta Kubis, Pesta Durian, Pelancaran Bulan Bahasa Kebangsaan dan yang terkini ialah Pesta Jagung.
TERIMA KASIH
Sebagai yang terakhir saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua AJK 1SABAH.NET, para penyampain Utara.FM, ahli komuniti 1SABAH.NET, para pendengar Utara.FM dan kepada individu-individu yang tidak jemu menyokong perjuangan ini. 1SABAH, 1Malaysia, Macam biasa juga bah…

DJ rumputt & DJ AAT
Friday, October 30, 2009
Terima kasih kepada Lintagu yang telah meletakkan gambar staringku ni sebagai artikel di http://lintagu.blogspot.com dan puisi oleh tuan Aldusuni.
Berdiri aku pada akar dan batang
yang menghijau di muka bumi.
Aku rumput yang tersenyum di matamu saat ini.
- hasil nukilah Dj Aldusuni -
DJ rumputt @ Pesta Kubis 2009
Dicatat oleh rumputt di 3:57 AM 0 ulasan
Label: Aktiviti Luar, Diariku, Keluarga
RENUNGAN
Thursday, October 22, 2009
Persahabatan yang jitu adalah atas dasar keikhlasan bukan sebab kepentingan. Sahabat sanggup berkorban untuk sahabatnya dalam segala hal. Untuk membentuk persahabatan kita kena berfikir 10 kali tapi untuk melemahkan persahabatan kita kena fikir 100 kali. Sahabat yang baik adalah sahabat yang menjaga nama baik sahabatnya dalam apa keadaan sekalipun. Sahabat adalah cermin kepada sahabatnya. Terus terang adalah inti persahabatan. Tegur-menegur adalah tulang belakang persahabatan. Cakap belakang akan memecah belahkan persahabatan.
Apalah ertinya perjuangan jika kita sanggup tikam belakang sahabat kita. Sedangkan Hang Jebat yang ditafsirkan sebagai penderhaka sekalipun masih memberikan peluang kepada Hang Tuah untuk bersedia sebelum berlawan. Fikirkan juga perjuangan orang lain semasa kita memikirkan perjuangan kita.
Senyuman manis dan senyuman sinis adalah 2 perkara yang sangat berbeza. Disebalik senyuman ada rahsia, di sebalik coretan ada cerita dan di sebalik impian ada realitinya.

Subscribe to:
Posts (Atom)